Isu Graduan UiTM Muhammad Hasrul Haris ‘selfie’ Digantung, Adalah Tidak Benar

Isu Graduan UiTM Muhammad Hasrul Haris ‘selfie’ Digantung, Adalah Tidak Benar

Isu graduan UiTM Melaka, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi digantung kerana 'selfie' bersama Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 ketika berada di pentas istiadat, sebenarnya tidak benar.

Isu Graduan UiTM Muhammad Hasrul Haris ‘selfie’ Digantung, Adalah Tidak Benar
Isu Graduan UiTM Muhammad Hasrul Haris ‘selfie’ Digantung, Adalah Tidak Benar
KUALA LUMPUR, 18 Mei:
Isu graduan UiTM Melaka, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi digantung kerana ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 ketika berada di pentas istiadat, sebenarnya tidak benar.

Perkara itu dijelaskan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Melaka, Mohamad Qusyairie Mokhtar yang menyatakan keadaan sebenar diviralkan oleh sebahagian individu atau kumpulan yang bersifat dingin dengan kejadian ini.

“Sebagai orang yang berada di dalam dewan konvokesyen untuk keempat-empat sidang yang berlangsung, saya akui memang terdapatnya seorang graduan yang ‘berselfie’ ketika istiadat sedang berlangsung tempoh hari.

“Apa yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan adalah tidak betul. Graduan UiTM itu tidak digantung, kerana tiada istilah digantung disebabkan beliau sudah tamat pengajian sebaliknya hanya diminta untuk memohon maaf kerana menganggu kelancaran istiadat dan protokol yang berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Katanya, pihaknya bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam telahpun mengatur satu perjumpaan antara Muhammad Hasrul dengan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr Sahol Hamid untuk memperjelaskan keadaan sebenar.

“Saya juga menasihatkan agar pihak media lebih berhati-hati dalam menyampaikan berita. Saya juga memohon agar isu ini tidak lagi diviralkan untuk kesejahteraan semua pihak.

Dalam pada itu, graduan jurusan Fotografi itu mengakui tindakannya tidak salah kerana merakam gambar ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, Muhammad Hasrul yang menuntut di UiTM Lendu itu meminta maaf atas kejadian itu.

“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan UiTM, saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya.

Muhammad Hasrul berkata, idea untuk ‘selfie’ di atas pentas datang selepas melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya.

Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial itu kini mengundang kritikan ramai pihak.


Post a Comment

Previous Post Next Post