BEBERAPA foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.
Foto Bayi Diikat Dan Dilayan Seperti Binatang Undang Kemarahan |
Difahamkan, foto-foto bayi diikat dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya ‘lawak’.
Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.
“Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak,” jelas Marilyn.
Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut ‘suatu lawak yang teruk’.
“Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum,” katanya.
Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.
“Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata “Oh, ianya tidak mengapa,” jelas Lurleen.
Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.
Sumber : Sinar
Post a Comment