Kemunculan Erra Fazira mengenakan tudung dan turban sejak kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminatnya.
Erra Fazira mengenakan tudung dan turban, Adakah kini dia sudah mula berhijab?.. |
Kapsyen pada gambar tersebut yang berbunyi "N this one makeup for recording #primadona..." itu menguatkan lagi desas-desus mengatakan pengacara program Primadona itu kini sudah mula berhijab.
Ketika menghadiri beberapa buah majlis sejak awal minggu ini, Erra dilihat mengenakan tudung dan menutup kepalanya dengan turban.
Bukan itu sahaja, Erra juga dilihat mengenakan tudung sebagai model hadapan kulit majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB).
Malah tindakan Erra memuat naik gambar-gambar terkininya dengan 'imej terbarunya' itu turut disedari para pengikut di Instagram dan mereka memberikan maklumbalas positif serta gembira.
Jika benar Erra sudah berhijab, tahniah kami ucapkan!
MyArtis
Post a Comment