Kota Tinggi: Seorang wanita yang baru empat hari bekerja sebagai pembantu klinik di sini, kini trauma selepas mendakwa dia bukan saja menjadi mangsa cabul majikannya, malah nyaris dirogol lelaki itu.
Doktor keji, cuba buka seluar pembantu klinik yang juga isteri orang |
Namun katanya, selepas menepis perbuatan keji doktor berusia 50-an itu, mangsa diberikan amaran keras supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
Mangsa berkata, apabila pulang ke rumah, dia mengadu kepada suami dan mereka terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk membuat laporan polis serta turut mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta merujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Beberapa hari kemudian saya dipanggil ke IPD untuk membuat pengecaman baju (baju yang dipakai doktor ketika kejadian). Apa yang berlaku itu menyebabkan saya sangat trauma,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment