Bayi Ditemui Masih Hidup Meskipun Telah Ditanam Selama 8 Hari

Bayi Ditemui Masih Hidup Meskipun Telah Ditanam Selama 8 Hari

CHINA: Bayi baru lahir berjaya diselamatkan walaupun ditanam selama 8 hari di satu kawasan perkuburan di pergunungan wilayah Guangxi, selatan China.

Bayi Ditemui Masih Hidup Meskipun Telah Ditanam Selama 8 Hari
Bayi Ditemui Masih Hidup Meskipun Telah Ditanam Selama 8 Hari
Bayi lelaki itu ditinggalkan oleh ibu bapanya di Tian Dong County selepas dilahirkan dengan bibir yang masih merekah.

Tetapi bayi itu telah ditemui selepas seorang wanita tua terdengar bunyi tangisan bayi berkenaan ketika dia sedang mencari herba untuk perubatan cina, lapor Daily Online.

Wanita berkenaan, Lu Fenglian, terkejut mendengar tangisan tersebut dan pada awalnya menyangka yang gunung itu berhantu dan dia telah berlari ke sebuah kuil Buddha untuk meminta pertolongan.

Zhao Shimin yang merupakan seorang sami di situ telah membantu dan menemui bayi berkenaan. Bayi itu telah ditanam tanpa sebarang penanda.

Kawasan dimana bayi berkenaan ditanam. Foto EuroPics

Bayi itu telah dimasukkan ke dalam satu kotak kertas sebelum ditanam dengan kedalaman lima sentimeter.

Bagaimanapun, menurut doktor, bayi tersebut bernasib baik kerana tanah sekitar perkuburan itu lembab akibat air hujan.

Bayi itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan ke dalam inkubator untuk beberapa hari.

Ibu bapa bayi tersebut bagaimanapun telah berjaya dikesan oleh pihak polis namun oleh kerana tiada bukti yang kukuh mereka tidak ditahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post