'Ampunkan segala dosa kakak ya mak,' ungkapan terakhir mangsa panahan petir

'Ampunkan segala dosa kakak ya mak,' ungkapan terakhir mangsa panahan petir

Batu Pahat: “Ampunkan segala dosa kakak ya mak,” demikian ungkapan terakhir kanak-kanak perempuan mangsa panahan petir tengah hari kelmarin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, semalam.

'Ampunkan segala dosa kakak ya mak,' ungkapan terakhir mangsa panahan petir
'Ampunkan segala dosa kakak ya mak,' ungkapan terakhir mangsa panahan petir 
Tambah menyedihkan, hasrat Siti Nur Aina Hairi, 9, untuk bertemu adik bongsunya Mohd Alif Aziz, 6, juga tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia di sisi ibunya, Rosadila Jama’in, 28, di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan jam 8 pagi.

Menurut Rosadila, dia terkilan apabila tidak dapat menunaikan hasrat terakhir Aina yang meminta untuk berjumpa adik bongsunya, malah dia tidak dapat melupakan kata-kata meminta maaf diungkapkan anaknya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Ibu mana yang tidak pilu apabila anaknya yang sedang kritikal tiba-tiba meminta ampun dan maaf. Malah, tiada yang mampu saya ungkapkan apabila Aina turut mengucapkan selamat tinggal ketika saya di sisinya,” katanya.

Menurutnya, Siti Nur Aina rapat dengan adik bongsunya, namun ketika itu Alif demam dan tidak ke sekolah seperti kebiasaan.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post