Al-Fatihah: Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Di Moscow Meninggal Dunia

Al-Fatihah: Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Di Moscow Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelajar perubatan Malaysia Nur Atikah Alias, 25 yang cedera dalam kebakaran di kampus Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia bulan lepas, telah meninggal dunia.

Al-Fatihah: Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Di Moscow Meninggal Dunia
Al-Fatihah: Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Di Moscow Meninggal Dunia
Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Moscow, Francisco Munis, Nur Atikah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang waktu tempatan hari ini.

Beliau berkata kematian penuntut itu disebabkan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki dalam kebakaran pada 23 April lepas.

Nur Atikah meninggal dunia di Hospital Skifosovsky Moscow.

“Kami (di kedutaan) sedang membantu keluarga untuk membawa mayat Atikah pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kebakaran di asrama 16 tingkat di luar kampus universiti itu berlaku pada pukul 11.30 malam (4.30 pagi waktu Malaysia).

Sejumlah 40 mangsa, termasuk 27 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kebakaran itu.

Munis berkata seorang rakyat Malaysia masih lagi menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital itu sementara beberapa penuntut lain telah dipindahkan ke wad biasa.

Majoriti daripada pelajar Malaysia telah keluar dari hospital, katanya tanpa memberikan jumlah mereka. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post