5 Bendi Berharga RM20?, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar

5 Bendi Berharga RM20?, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar

GEORGETOWN – Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul di sini diberi notis untuk penjelasan berhubung isu lima biji bendi yang didakwa dijual dengan harga RM20.

5 Bendi Berharga RM20?, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar
5 Bendi Berharga RM20?, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata notis itu dikeluarkan semasa pemeriksaan di restoran berkenaan pada pukul 11 semalam.

Pekerja restoran Nasi Kandar Kayu di Bukit Jambul menunjukkan sepinggan bendi kepada anggota Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang yang membuat pemeriksaan di restoran itu. – Foto BERNAMA

“Pemeriksaan itu dijalankan selepas perkara berkenaan menjadi viral di laman sosial. Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memberi peluang kepada peniaga untuk mengemukakan penjelasan dalam tempoh tiga hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya.



Dimaklumkan ia adalah kesilapan teknikal dan jika benar pihak restoran perlu buktikan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, jurucakap restoran itu menjelaskan sebiji bendi sebenarnya dijual pada harga 40 sen dan menyifatkan isu itu sebagai ‘salah faham’ kerana berlaku kesilapan teknikal di pihak juruwang.

Beliau berkata pihaknya telah meminta pelanggan berkenaan tampil membuat tuntutan bayaran balik menerusi laman Facebook namun, belum menerima sebarang maklum balas setakat ini. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post