Wanita Mengalami Rosak Ovari Selepas Dakwa Makan Supplement Bahaya

Wanita Mengalami Rosak Ovari Selepas Dakwa Makan Supplement Bahaya

Hari ini heboh dilaman sosial apabila tentang seorang seorang wanita bernama Nur Farina Abdullah yang telah meluahkan satu pengalaman pahit dalam hidupnya selepas menggunakan produk makanan tambahan.

Wanita Mengalami Rosak Ovari Selepas Dakwa Makan Supplement Bahaya
Wanita Mengalami Rosak Ovari Selepas Dakwa Makan Supplement Bahaya
Beliau yang menggunakan produk itu selama beberapa bulan telah menyebabkannya dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesan sampingan dimana telah menyebabkan ovarinya rosak.

Beliau telah dilantik sebagai duta produk tersebut selepas berjaya menggunakan produk tersebut. Berikut adalah luahannya.

"Saya pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu.

Bagi saya cuba dulu untuk 2-3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2-3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4-5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk.

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan.

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan.

Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat.

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glamor tanpa fikir bahaya pada pengguna lain.

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata?

Sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri."

Kerana terlalu banyak orang bertanya produk yang digunakan oleh beliau, akhirnya beliau tampil membuat kenyataan berikut.



Apapun kita tunggu jawapan daripada pengeluar produk tersebut kerana perkara seperti ini perlu didengar dari kedua-dua pihak untuk mengetahui kebenarannya.

Ini kerana menurut stokis produk tersebut puan Nur Farina tidak mempunyai bukti perubatan yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada produk keluaran mereka. - Siakapkeli.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post