Video seorang wanita berstatus janda berang dituduh sebagai perampas 'kekasih' orang trending di laman Facebook.
Video: "Berlambak lagi lelaki nak kawan dengan aku," Janda Berang Dituduh Perampas |
Kerana terlalu berang dirinya kerap diganggu, Rosmira bertindak merakam perbualan diantara mereka sebagai bukti untuk dimuat naik ke dalam Facebook.
Berdasarkan video, gadis berkenaan menghubungi Rosmira dalam keadaan marah dan dipercayai menghamburkan kata-kata yang kurang enak terhadap Rosmira.
Bagaimanapun, Rosmira tetap bersabar dan meminta gadis itu bercakap dengan baik dan berbincang dengan elok bagi menyelesaikan masalah di antara mereka.
"Berlambak lagi lelaki nak kawan dengan aku," Janda Berang Dituduh Perampas Kekasih Orang
Posted by Bulletin Media on Tuesday, April 7, 2015
Setelah puas dipujuk, rupa-rupanya gadis itu mendakwa dia cemburu dengan Rosmira yang didakwa rapat dengan lelaki idamannya itu. Namun, wanita itu menafikan dia menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit.
Dalam masa yang sama juga Rosmira menjelaskan dia berkawan dengan semua orang di laman Facebook dan ramai yang mengenalinya di laman berkenaan. Tidak pernah dia merampas suami/tunang orang dan sesekali menjelaskan bahawa bukan semua janda bersikap perampas hak orang.
Menariknya, tagline yang digunakan wanita ini menjadi bahan perbualan netizen.
"Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap,"
"Semua orang kenal Rosmerah, semua orang berkawan dengan Rosmerah dekat Facebook,"
"Berlambak lagi lelaki nak kawan dengan aku,"
Ada sesetengah netizen berpendapat, jika benar janda ini ingin menunjukkan dia tidak bersalah, dia sepatutnya gunakan loud speaker/.
EArtis
Post a Comment