Tragis!!.. 'Abang halalkan makan minum dan maafkan kesalahan sayang selama ini,'

Tragis!!.. 'Abang halalkan makan minum dan maafkan kesalahan sayang selama ini,'

Klang: “Abang halalkan makan minum dan maafkan kesalahan sayang selama ini,” itu kata-kata terakhir mangsa tetak serta bakar, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, kepada isterinya Siti Rahayu Abdul Nasir ketika mereka bersalaman sebelum arwah pergi kerja petang kelmarin.

Tragis!!.. 'Abang halalkan makan minum dan maafkan kesalahan sayang selama ini,'
Tragis!!.. 'Abang halalkan makan minum dan maafkan kesalahan sayang selama ini,'
Bagi Siti Rahayu, 28, kata-kata suaminya itu pelik kerana sebelum ini arwah tidak pernah berkata demikian.
Menurutnya, sikap dan perwatakan arwah sejak dua minggu lalu turut berubah daripada seorang yang ceria kepada pendiam serta jarang membuat lawak berbanding biasa.

Katanya, pada hari kejadian arwah terlewat ke tempat kerja kira-kira 30 minit berbanding rutin harian keluar pada jam 6 petang.

“Semalam (kelmarin) arwah seakan-akan malas hendak pergi kerja sehingga dia terlewat. Biasanya jam 6 petang dia sudah keluar rumah tetapi semalam dia terlewat setengah jam.

“Perubahan sikap serta perwatakan arwah sejak dua minggu lalu rupanya petanda arwah akan meninggalkan saya apabila kira-kira jam 3 pagi tadi (semalam) saya terima panggilan daripada polis mengenai kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi semalam, Muhammad Ridzhuan yang juga pengawal keselamatan ditetak sebelum mayatnya ditemui dibakar selepas tiga pondok pengawal di dua taman perumahan dan satu kawasan komersial di Bandar Bukit Raja dekat sini, diserang sekumpulan individu.

Dipercayai pengawal keselamatan berkenaan diserang kumpulan kongsi gelap yang berebut kawasan di situ.

Selain Muhammad Ridzhuan, enam mangsa lain, N Arujunam, 64; Aziz Salim, 57; K Muniandy, 61; A Naagendran, 26; S Renganathan, 45, dan S Kannan, 45, turut cedera ditetak dan kini dirawat di HTAR.

Sementara itu, Siti Rahayu berkata, dia turut terkilan kerana pada pagi sebelum ke tempat kerja, arwah teringin menikmati udang masak lemak namun dia sudah memasak udang sambal dan berhajat untuk menunaikan permintaannya itu semalam.

Katanya, dia turut sedih kerana bukan saja baru dua bulan melangsungkan perkahwinan selepas diijabkabulkan pada 28 Februari lalu tetapi majlis di pihak pengantin lelaki pada Mei ini di Pulau Pinang tidak dapat dilakukan.

Sementara itu, kakak mangsa Nur Hazar Che Bi, 30, berkata, dia berasa tidak sedap hati kelmarin sebelum mengikut suaminya yang memandu treler dari Pulau Pinang ke Klang menemui adiknya.

Saya berjumpa dengannya petang semalam (kelmarin) sebelum dia pergi kerja.

“Arwah seorang periang tetapi beberapa minggu lalu jadi pendiam,” katanya.

Menurutnya, dia turut berasa pelik apabila ketika mahu pulang ke Pulau Pinang pada malam kelmarin dia menghubungi adiknya itu dan arwah meminta maaf serta menghalalkan makan minum selama ini.


Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post