'Saya Tidak Mampu Menyediakan Tempat Tinggal'- 4 Beranak Hidup Gelandangan

'Saya Tidak Mampu Menyediakan Tempat Tinggal'- 4 Beranak Hidup Gelandangan

Selama: Sebuah pondok usang berbumbungkan tikar getah dan berlantaikan tanah menjadi kediaman empat beranak di Kampung Padang Bola Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, dekat sini, sejak empat tahun lalu.

'Saya Tidak Mampu Menyediakan Tempat Tinggal'- 4 Beranak Hidup Gelandangan
'Saya Tidak Mampu Menyediakan Tempat Tinggal'- 4 Beranak Hidup Gelandangan
Biarpun sukar dipercayai, itulah hakikat kehidupan dilalui keluarga Suhaimi Sani, 42, dan isterinya, Suriani Mat Ali, 42, serta dua anak mereka, Nur Ain Suhada, 10, dan Mohd Adam Syafiq, 5.

Bukan sahaja hidup dalam keadaan tidak selesa, malah lebih memilukan keluarga miskin berkenaan mengambil bekalan air dari sungai berhampiran selain tadahan air hujan serta menagih simpati jiran untuk menggunakan kemudahan elektrik.

Suhaimi berkata, mereka ada membina rumah melalui pinjaman daripada Amanah Ikhtiar, namun tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan.

“Saya tidak mampu menyiapkan rumah itu dan menyediakan tempat tinggal lebih selesa untuk keluarga kerana hanya meraih pendapatan dengan menjual ayam goreng di pasar malam, malah pendapatan yang diperoleh juga tidak menentu.


Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post