'Saya Nak Tolong Je' - Tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'.

'Saya Nak Tolong Je' - Tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'.

Salam.
Mintak tolong semua viralkan.
Tarikh : 16 April 2015
Masa : 10.00 am
Lokasi : Federal Highway @ Lebuh Raya Persekutuan (dalam gambar kat lepas Exit Axis Tower sebelum masuk ke LRT Asia Jaya)

'Saya Nak Tolong Je' - Tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'.
'Saya Nak Tolong Je' - Tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'.
Kronologi kejadian:

Ayah saya drive pergi kerja macam biasa. Tiba-tiba mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar.

Ayah saya ni berhenti tapi tak keluar kereta. Mamat ni datang cakap dah ramai orang hon kereta ayah saya dari tadi, tapi ayah saya tak berhenti. Dia kata tayar kereta berasap, dia suruh ayah pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar.

Lepas buat camtu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. Then ayah saya kata nak pergi kerja dulu nanti baru baiki, sebab dah lambat. Tapi selepas start kereta balik, brek tak boleh guna dah. Sedangkan sebelum itu okay lagi brek.

Then mamat ni offer kata nak tolong. Dia kata 'nak tolong saja'. Tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'.

Then after dia buat something, konon-konon tukar parts, dia datang bawa member India tiga orang dan resit. Katanya, RM1,420.

Ayah saya terkejut dan tanya macam-macam dan cakap tak ada duit sebanyak itu. Dia kata bagi saja berapa dulu. Ayah saya bagi RM350 dan minta resit. Mak saya nak ambil gambar untuk bukti bayar dan nak resit untuk bukti. Dia marah-marah.

Adik saya ambil gambar pun dia marah-marah. Dia rampas duit, tak bagi resit dan hentak kereta ayah saya dengan helmet. Dia marah-marah dan ugut-gutu siap cakap dia tahu mana nak cari ayah saya lagi. Terus dia ajak kawan-kawan dia blah dan ajak mak ayah saya pergi balai polis.


Dia pecut dulu, konon-konon nak pergi balai dulu.

Sampai balai, bayang dia memang tak ada. Polis cakap memang tak ada dia datang. Parents saya buat laporan polis.

Ayah saya dah berusia 60 tahun dan adik saya yang pergi dengan mak tadi, perempuan. Memang diorang tak berani nak lawan sangat sebab tengoklah badan mamat tu je. Then dia bawa kawan orang lelaki lagi. Apa-apa jadi mungkin lebih dari RM350 hilang.

Memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. Duit itu mungkin bukan rezeki kami. Tapi tujuan saya nak hal ini diviralkan supaya orang lain tak kena. Mamat ni aim orang-orang tua, perempuan dan orang-orang yang lemah serta nampak baik-baik. Dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut dan berseorangan kot, dia berani nak pihak.

Hati-hati semua, jangan stop kalau ada orang-orang buat macam ni. Mamat ini memang dah banyak kali tipu orang sampai polis di Balai Polis PJ pun tak perlu dah nak ambil gambar dia. Please semua. Sebarkan. Terima kasih.

My Media Hub

Post a Comment

Previous Post Next Post