Sadis!! Berkorban Apa Saje Demi Penderitaan Anak Yang Hayatnya Tak Tahu Sampai Bila

Sadis!! Berkorban Apa Saje Demi Penderitaan Anak Yang Hayatnya Tak Tahu Sampai Bila

Kuala Krai: Seorang bapa yang mempunyai anak tanpa tempurung kepala dan otak tidak terbentuk sempurna atau Anencephaly, sanggup berkorban apa saja untuk mencari rawatan terbaik walaupun berpendapatan RM600 sebulan dan doktor memaklumkan hayat anaknya tidak lama.

Sadis!! Berkorban Apa Saje Demi Penderitaan Anak Yang Hayatnya Tak Tahu Sampai Bila
Sadis!! Berkorban Apa Saje Demi Penderitaan Anak Yang Hayatnya Tak Tahu Sampai Bila
Penoreh gertah, Yuhairi Ghani, 40, berkata, anaknya, Muhamad Khalid baru berusia 15 hari dan lahir bersama kembarnya selang seminit yang dinamakan Muhamad Talid, tetapi kembarnya itu sihat.

Katanya, anak kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada 25 Mac lalu di Hospital Kuala Krai (HKK), di sini.



“Ketika kelahiran mereka, doktor sudah memaklumkan hayat Muhamad Khalid tidak lama dan mampu bertahan untuk tempoh sekejap, malah ada mengatakan hanya beberapa jam atau hari saja.

“Bagaimanapun, kini dia sudah berusia dua minggu dan Alhamdulillah, Allah SWT masih memberinya peluang untuk bersama kami lagi.

“Atas faktor itu juga saya bawanya pulang ke rumah di Kampung Lepan Anjung, Dabong untuk memudahkan keluarga menjaganya pada usia dia lima hari.

“Saya mahu cuba rawatan alternatif lain termasuk tradisional,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Lepan Anjung, Dabong, kelmarin.

Menurutnya, ada sebab dia membawa anaknya itu pulang ke rumah walaupun ada yang membuat tohmahan.

“Jarak rumah saya dengan HKK sangat jauh dan ini menyukarkan saya. Kerana itu, atas rujukan doktor dan kebenaran mereka, maka saya bawa pulang Muhamad Khalid dan Talid ketika mereka berusia lima hari.

“Orang tidak tahu masalah kami sampai ada pihak tertentu mengatakan saya seolah-olah mahu membunuh anak sendiri kerana membawanya pulang ke rumah. Mereka hanya tahu bercakap, tetapi kami yang menanggungnya, takkan saya mahu membunuh anak saya,” katanya.

Menurutnya, penjelasan pakar perubatan yang memaklumkan tiada rawatan khusus untuk penyakit anaknya juga antara sebab dia membawa bayi itu pulang ke rumah dan mencuba rawatan alternatif.

Katanya, ketika mengandungkan kembar itu, isterinya, Norshahilla Earnie, 27, tidak berdepan sebarang masalah atau kesukaran, melainkan bayi berkenaan berada dalam kedudukan songsang ketika mahu dilahirkan.

“Doktor juga tidak mengesan sebarang masalah kandungan sehinggalah kelahiran mereka,” katanya yang berpendapatan sekitar RM600 sebulan, namun berdepan masalah kewangan akhir-akhir ini apabila harga getah menjunam sehingga RM2.10 sekilogram, selain banjir Disember lalu.

Info Anencephaly:

*Keadaan tempurung kepala dan otak bayi yang baru lahir tidak terbentuk secara sempurna.

* Ia disebabkan kecacatan tabung saraf semasa perkembangan janin yang turut dikenali NTD (Neural Tube Defect).

*Kes terpencil yang berlaku kira-kira satu untuk 1,000 kelahiran.

* Tiada rawatan khusus untuk penyembuhan bayi terkena Anencephaly.

* Hayat bayi ini juga diramal tidak panjang.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post