'Pulanglah Segera Ati, Emak Rindu Ati!,' Rayuan Seorang Ibu

'Pulanglah Segera Ati, Emak Rindu Ati!,' Rayuan Seorang Ibu

Ampang: “Pulanglah segera Ati, emak rindu Ati!,” itu rayuan seorang ibu, Norizan Ali, 50, susulan kehilangan anak gadisnya, Siti Nur Izzati Mokhtar, 15, yang hilang sejak empat hari lalu.

'Pulanglah Segera Ati, Emak Rindu Ati!,' Rayuan Seorang Ibu
'Pulanglah Segera Ati, Emak Rindu Ati!,' Rayuan Seorang Ibu 
Menurutnya, anaknya yang masih bersekolah itu didapati hilang selepas keluar dari rumah di Taman Melawati, di sini, dengan memberitahu mahu pergi ke sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu.



“Ati sebelum itu meminta izin daripada nenek dan kakaknya untuk keluar bersama rakan-rakannya.

“Ketika kejadian, saya berada di hospital untuk menjalani rawatan. Hanya emak, anak perempuan kedua saya dan Izzati berada di rumah ketika itu,” katanya.

Dia yang pulang ke rumah pada jam 4 petang bagaimanapun mendapati anak ketiganya itu sudah keluar bersama seorang teman sebaya dikenali sebagai Azizah.

“Saya menunggu dia pulang sehingga jam 8 malam dan saya cuba menghubunginya berulang kali.
“Ati menjawab panggilan dan memberitahu dia sedang dalam perjalanan pulang. Malangnya dia masih tidak tiba ke rumah sehingga jam 11 malam,” katanya.

Norizan yang cemas dengan kehilangan anaknya itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Melawati di sini.

“Saya merayu kepada mana-mana individu yang ternampak kelibat Siti Nur Izzati supaya segera menghubungi saya di talian 012-2195409 atau polis,”
katanya.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post