KLUANG – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya, awal bulan ini.
Padah!!.. Penganggur Didakwa Bunuh Bekas Tunang Di Kluang |
Muhammad Irshaduddin berasal dari Taman Bukit Tiram, Johor Baharu didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak motosikal pasar raya Econsave, Jalan Mersing, di sini, pada 5.45 petang, 10 April lepas.
Baca : Kejam Akibat Cemburu Terlampau Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang
Baca : Tragis Polis Giat Buru Pemuda Tikam Bekas Tunang Akibat Cemburu Terlampau
Baca : Luahan Hati Tunang Gadis Dibunuh Bekas Tunang Durjana
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.
Mahkamah menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Post a Comment