Kuala Lumpur: Dibelasah kerana kuih cekodok. Itu nasib malang seorang wanita apabila dibelasah rakan serumah sewanya di Bangsar di sini, Jumaat lalu selepas dituduh memasak menggunakan bahan milik rakannya itu.
Nasib Malang, Wanita Dibelasah Lepas Guna Bahan Milik Rakan Buat Cekodok |
Menurut sumber portal HarianMetro memberitahu, tidak cukup dengan itu, mangsa turut diserang dengan parang dan mujur rakan serumah lain datang meleraikan pertengkaran itu.
“Sebelum kejadian jam 4.30 petang mangsa berada di dapur untuk membuat cekodok. Ketika leka memasak datang seorang lagi rakan serumahnya dari dalam bilik tidur dan memarahinya.
“Suspek menuduh mangsa memasak menggunakan bahan yang dibelinya, namun dinafikan dan memberitahu dia menggunakan bahan dibeli sendiri,” katanya.
Sumber berkata, pertengkaran itu bertukar menjadi ganas suspek terus menyerang dan memukulnya beberapa kali.
Mangsa kemudian keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai. -sumber
Post a Comment