Kuala Lumpur : Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan colinya sebelum mengajak seorang peniaga bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Model Sambilan Tidak Mengaku Bersalah Melakukan Perbuatan Lucah |
Baca : Video Wanita Tanggalkan Baju Selepas Dituduh Tidak Mahu Membayar Makanan Yang Dipesan
Tertuduh yang juga model sambilan memakai jaket hitam dan skirt putih itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling, pada 2.07 petang, Khamis lalu.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini sebagai sebutan semula.
>> Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.
Mymetro
Post a Comment