Lelaki Warga Emas Terpaksa Dipotong `Kepala’ Zakar Akibat Reput

Lelaki Warga Emas Terpaksa Dipotong `Kepala’ Zakar Akibat Reput

New Jersey – Seorang lelaki warga emas berusia 54 tahun tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotong kepala zakarnya, selepas bahagian berkenaan terkena keracunan darah hingga menyebabkan kulit menjadi hitam dan reput.

Lelaki Warga Emas Terpaksa Dipotong `Kepala’ Zakar Akibat Reput
Lelaki Warga Emas Terpaksa Dipotong `Kepala’ Zakar Akibat Reput
Keadaan yang amat jarang ditemui itu dikesan selepas lelaki terbabit dimasukkan ke hospital akibat gangren di bahagian kaki, punggung, pinggul dan alat sulitnya.

Bahagian luka serta hitam itu akibat kulit mati menyebabkan kesakitan yang amat sangat hinggakan lelaki itu terpaksa diberikan ubat yang kuat untuk mengawal kesakitan, demikian lapor jurnal kesihatan BMJ Case Reports.

Menurut doktor yang merawat lelaki itu, Dr. Edmond Sarkis, lelaki itu menghidap necrosis iaitu keadaan di mana kulit reput dan menjadi ungu serta hitam.



“Ia menyeliputi bahagian pinggul dan belakang badan malah alat sulitnya juga reput, iaitu satu keadaan yang jarang ditemui. Saya sendiri tidak pernah melihat keadaan begini rupa,” katanya.

Dr. Edmond berkata, lelaki itu diberikan antibiotik dan pada masa sama doktor kini sedang mencari punca kejadian berkenaan.

Rekod perubatan lelaki tersebut menunjukkan bahawa dia mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis.- Mynewshub.cc

Post a Comment

Previous Post Next Post