Gelisah Kehadiran Anggota Jabatan Kastam, Rupanya Dia Menyembunyikan...

Gelisah Kehadiran Anggota Jabatan Kastam, Rupanya Dia Menyembunyikan...

Johor Bahru: Seorang pekerja kedai runcit gagal menyembunyikan kegelisahannya apabila menyedari kehadiran anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di premis di Jalan Perlaluan Makmur 72, Taman Damai Jaya, Skudai di sini, semalam.

Gelisah Kehadiran Anggota Jabatan Kastam, Rupanya Dia Menyembunyikan...
Gelisah Kehadiran Anggota Jabatan Kastam, Rupanya Dia Menyembunyikan...
Lelaki warga India berusia 41 tahun itu yang pada mulanya melayan pelanggan di kaunter tiba-tiba meminta kebenaran anggota kastam untuk ke tandas.

Melihat keadaan lelaki itu yang tidak tenteram, anggota kastam membuat pemeriksaan lanjut kerana mendapat makumat mengenai penjualan rokok tidak sah di kedai terbabit.

Akhirnya, anggota kastam menemui 80 peket rokok putih dan keretek pelbagai jenama dalam kotak kertas di bawah rak sayur di depan kedai itu.

Antara rokok dirampas berjenama NYX, Supernova, Canyon, Gudang Garam, Djarum Super, L.A, John Super, Premium dan Wismilak.

Dianggarkan rokok yang dirampas dalam pemeriksaan Ops Outlet jam 12.30 tengah hari itu bernilai RM250.

Lelaki warga asing terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang sabit kesalahan boleh boleh dipenjara tiga tahun dan didenda 20 kali nilai rampasan atau kedua-duanya.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post