Gambar Tersebar Kubur Nik Aziz Dipagari Besi Berwarna Hijau

Gambar Tersebar Kubur Nik Aziz Dipagari Besi Berwarna Hijau

Semalam, tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur yang didakwa milik Allahyarham Nik Aziz telah dipagari besi berwarna hijau.

Gambar Tersebar Kubur Nik Aziz Dipagari Besi Berwarna Hijau
Gambar Tersebar Kubur Nik Aziz Dipagari Besi Berwarna Hijau
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh tampil memberi penjelasan mengenai foto yang tersebar di laman sosial menunjukkan kubur Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipasang binaan pagar tertutup.

Menurut anak bekas Menteri Besar Kelantan itu, binaan pagar tersebut dibuat penduduk kampung dan anak murid bapanya tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.

“Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.

“ Ia (pagar) akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.

Tegasnya, kubur Allahyarham bapanya akan kekal dengan Sunnah Nabawiyyah dan tanpa sebarang binaan kecuali batu nisan.

Semalam, tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur yang didakwa milik Allahyarham Nik Aziz telah dipagari besi berwarna hijau.

Tindakan tersebut nyata mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial berikutan sebelum ini Nik Abduh pernah menegur perbuatan segelintir pihak yang mengambil tanah dari pusara bapanya kononnya bagi mendapat berkat.

Ujar Nik Abduh, keluarganya memohon maaf berikutan insiden tersebut dan berterima kasih atas keprihatinan semua pihak.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post