AKIBAT terus-terusan dituduh sebagai pelawak kasanova, Tauke Jambu atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 39, membuat laporan polis terhadap tiga blogger.
Dituduh Pelawak Kasanova, Tauke Jambu Buat Laporan Polis |
Tidak terhenti di situ, Tauke turut akan mengheret individu-individu tersebut ke mahkamah bagi menuntut keadilan terhadap dirinya.
Memetik kenyataannya menerusi portal MStar, “Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.
“Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang nanti (Selasa) saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka.”
Ujarnya lagi, siri dakwaan yang menuduhnya sebagai pelawak ‘kaki perempuan’ dan menghantar mesej berbaur lucah itu menyebabkan periuk nasinya sebagai pelawak terjejas.
Yelah, mana tak bengang, walaupun telah berulang kali menafikan bahawa individu tersebut bukan dirinya, namun penulis blog tersebut terus-terusan mengaitkan Tauke dengan aktiviti itu.
“Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.
“Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut.”
Nampaknya, tindakan tersebut dilihat rasional dan jalan terbaik kerana ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.
Sehingga kini, isu tersebut menjadi semakin parah dan terus-terusan diperkatakan. Namun, gerangan pelawak yang melakukan perbuatan tersebut masih menjadi misteri.
Rasanya, sudah tiba masa untuk wartawan hiburan mahupun mangsa membuat pendedahan agar nama baik seluruh pelawak lelaki di Malaysia tidak terpalit sama.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment