'Daddy peluk dan saya sempat balas dengan ucapan ‘Good Night’ Kata Aisyah

'Daddy peluk dan saya sempat balas dengan ucapan ‘Good Night’ Kata Aisyah

Kajang: “Daddy peluk dan saya sempat balas dengan ucapan ‘Good Night’ ketika hendak tidur pada malam Khamis lalu,” demikian kata anak bongsu Allahyarham Datuk Azlin Alias, Aisyah Mariam, 14, mengenai detik pertemuan terakhir sebelum bapanya itu maut dalam nahas helikopter di Semenyih.

'Daddy peluk dan saya sempat balas dengan ucapan ‘Good Night’ Kata Aisyah
'Daddy peluk dan saya sempat balas dengan ucapan ‘Good Night’ Kata Aisyah 
Katanya, kali terakhir dia bertemu dan berbual dengan bapanya pada malam Khamis lalu.

“Pada pagi hari kejadian itu, saya belum bangun tidur lagi ketika Daddy bertolak ke Pekan dan tak sempat pun nak ucap ‘Good Morning’.

“Jadi bila daddy pergi, saya terasa kehilangan,” katanya.

Mengimbau kembali pertemuan terakhir itu, Aisyah mengakui perasaannya sungguh berlainan dan berasa sedih pada malam berkenaan.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post