'Bantulah Saya. Hanya RM3 Agar Saya Dapat Balik Awal Ke Rumah Untuk Buat Kerja Sekolah.'

'Bantulah Saya. Hanya RM3 Agar Saya Dapat Balik Awal Ke Rumah Untuk Buat Kerja Sekolah.'

SEBAK rasanya apabila melihatkan kisah seorang remaja ini yang masih bersekolah, terpaksa menjual kerepek dan maruku di hadapan sebuah bank di Dangga Bay, Johor.

'Bantulah Saya. Hanya RM3 Agar Saya Dapat Balik Awal Ke Rumah Untuk Buat Kerja Sekolah.'
'Bantulah Saya. Hanya RM3 Agar Saya Dapat Balik Awal Ke Rumah Untuk Buat Kerja Sekolah.'
Meskipun usianya yang masih muda, dia tetap dengan misinya untuk menghabiskan segala jualannya demi menyara keperluan seisi keluarga.

Kisah asal yang dikongsikan oleh saudari Felica Ng di halaman Facebooknya telah mendapat pelbagai reaksi postifi netizen dan di sini kami kongsikan kepada anda pengalaman Felica beserta beberapa gambar dan dialog perbualannya.



“Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya.” ceritanya

Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.

Felicia: “Tak panas ke dik?”

Budak: “Tak,”

Felicia: “Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?”

Budak: “Ya, di SMK Taman Daya,”

Felicia: “Dah tu kenapa jual kerepek?”

Budak: “Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,”

Felicia: “Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?”

Budak: “Ya,” katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.



Semasa di dalam perjalanan, remaja terbabit telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya di Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Apa yang membuatkan kami merasa sangat terkesan ialah mesej yang disampaikan oleh remaja terbabit ketika menjual, kertas tersebut tetulis…



Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih

Di kala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.

Ada sesetengah pengguna laman sosial menyifatkan remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.

Disebabkan perkara itu, Felicia telah membuktikan yang mereka adalah di pihak yang benar dengan memuat naik sekeping gambar keratan akhbar Harian Metro untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.



Malah beliau telah mengunjungi rumah remaja terbabit bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan situasi yang dihadapi oleh mereka.



Felicia juga turut menyifatkan makanan yang dijual oleh keluarga terbabit amat bersih dan proses pembuatanya juga amat baik, berbanding sesetengah peniaga yang menjual ‘entah apa-apa’ di pasaran.




Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana, bolehlah singgah membeli kerepek dan maruku dari adik-beradik remaja ini.

Pastinya kerepak yang dijual oleh mereka sangat sedap.

-MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post