SEPASANG suami isteri di India terkejut dengan perkembangan anak mereka yang kini seberat 18 kilogram walaupun baru berusia 10 bulan.
Wow!!.. Anda Pasti Terkejut Melihat Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati. |
Bapa bayi itu, Mohammad Saleem berkata, berat anaknya semakin bertambah apabila Aliya ketagih menjamah kari bersama nasi.
Jelasnya, anak perempuan mereka itu kini perlu menjamah sepinggan nasi serta dua keping capati yang sama seperti hidangan orang dewasa untuk menahan lapar.
Ibu Aliya, Shabana Parveen, 25, memberitahu, dia bimbang bayinya menghidap penyakit yang menjadikannya sering lapar.
Menurutnya, Aliya kini hanya mampu diangkat oleh bapanya kerana berat bayi itu menyamai kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun.
- mStar Online
Post a Comment