Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...

Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...

Ini ada satu berita yang berkaitan dengan taksub. Tapi macam tak kena tempat sebab taksub dengan ilmu agama tetapi dalam diam ada hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...
Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...
Jom kita baca Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...... melalui akhbar BH ini. Gambar juga dari BH Online.

KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.


Sumber : BH

Post a Comment

Previous Post Next Post