HONG KONG: Satu penerbangan Dragonair ke Beijing telah ditangguhkan hampir tiga jam selepas seorang wanita enggan menutup pintu tandas kabin ketika dia sedang membersihkan lampin anaknya.
Wanita guna tandas enggan tutup pintu, penerbangan tertangguh 3 jam |
Bagaimanapun. pesawat terbabit akhirnya berlepas pada 17:50 dan tiba di Beijing pada 08:54.
Kelewatan tersebut sekaligus membuatkan penumpang lain berang, lapor Apple Daily.
Seorang penumpang dengan nama keluarganya Chan berkata, ketika semua orang sedang duduk dan menunggu untuk berlepas, mereka telah terbau sesuatu yang kuat dari tandas.
Bau tersebut berpunca daripada anak seorang wanita yang dipercayai mengalami cirit-birit.
Wanita itu dikatakan telah menggunakan sinki dalam tandas untuk membersihkan punca kepada bau kuat tersebut, yang dipercayai najis anaknya.
Beliau dilaporkan menolak permintaan pramugari untuk menutup pintu tandas tersebut dan terlibat dalam pertengkaran dengan penumpang lain.
Berikutan insiden tersebut berlanjutan, polis telah dipanggil dan kapten kapal tersebut terus mengarahkan ibu dan anaknya turun daripada pesawat tersebut.
Anak-anak kapal memerlukan masa untuk memunggah bagasi pasangan tersebut, dan syarikat penerbangan itu telah mengaturkan pekerja pembersihan untuk membersihkan tandas, yang menjadi punca penerbangan tersebut ditangguhkan.
Seorang penumpang wanita yang melancong dengan anak diarah turun dari pesawat kerana tingkah laku beliau di atas dianggap tidak sesuai dan atas sikap beliau enggan memberikan kerjasama, kata Dragonair dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan itu juga memohon maaf kepada penumpang yang lain kerana terjejas oleh kelewatan kerana insiden terbabit. - The Rakyat Post
Post a Comment