Dulu sudah ‘viral‘ dengan isu seorang ‘cikgu’ wanita yang memperlekeh kaum adam yang tidak bergaji besar di laman sosial, sekarang muncul pula seorang perempuan menghina lelaki yang berkerja kilang.
![]() |
| Viral..Budak Perempuan Memperlekeh Lelaki Kerja Kilang! |
Menggunakan nama ‘Awan Dania’ di laman sosialnya, perempuan itu telah mengeluarkan kenyataan panas yang menyatakan lelaki yang bekerja di kilang merupakan golongan ‘low-class.‘
Budak perempuan itu turut mendakwa hanya golongan terencat sahaja yang kerja di kilang dan tidak layak untuk dirinya.
Agaknya dia tak tahu dan tak terfikir mungkin yang lelaki-lelaki kerja dalam semua jenis kilang itu kebanyakannya bos, manager, supervisor, dan banyak lagi jawatan-jawatan tinggi.
Yang ada dalam kepala gadis berfikiran sempit ini hanya kuli agaknya, kuli pun satu pekerjaan yang mulia jika ada yang tak tahu.
Sudah-sudahlah memperlekeh punca rezeki orang atau menghina pangkat darjat seseorang tak kisahlah lelaki mahupun perempuan, akhirnya nanti kita semua sama sahaja di sisi tuhan.
Kepada gadis-gadis yang tak mahu ‘dingorat’ dengan abang-abang kilang tu, pergilah cari kerja kat tempat lain, jangan ada yang kerja kilang juga.
-MYNEWSHUB.CC


Post a Comment