DIPERCAYAI akibat putus cinta, seorang remaja 17 tahun nekad menamatkan riwayat hidupnya dengan terjun dari tingkat 10 bangunan sekolah.
Video : Kerana Putus Cinta, Pelajar Maut Terjun Tingkat 10 Sekolah |
Difahamkan mangsa pada mulanya meminta izin untuk ke tandas namun oleh sebab dia tidak muncul-muncul pada masa yang terlalu lama, guru serta rakan-rakan pergi mencarinya.
Mereka kemudiannya menemui buku nota mengandungi ayat tulisannya, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan guru.
Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Menurut guru dan rakan-rakan, mangsa sebelum ini seorang pelajar yang ceria, berdisiplin dan tidak suka menimbulkan masalah di sekolah.
- MYNEWSHUB
Post a Comment