DI SEBALIK kecelaruan dicetuskan oleh pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, masih ada sudut positif yang boleh diambil terutama buat mereka yang sentiasa sedar, politik dan agama adalah air dan minyak.
VIDEO: Minah Melayu Ni Kutuk Hudud Atau Hina Islam? |
Seharusnya PAS yang sentiasa konsisten dengan hudud sejak dulu juga, mengambil situasi kini untuk menyedari pihak mana yang selama ini cuma pura-pura menyokong perjuangan mereka sedangkan hakikat sebenarnya ada agenda tersendiri.
Di saat DAP menentang dengan sangat keras, rakan komponen PKR mereka, menampakkan pendirian tidak menyokong PAS apabila memilih untuk melarang satu-satunya ADUN mereka di Kelantan ikut sama berbahas soal hudud.
Sedangkan di pihak Barisan Nasional (BN), beberapa pemimpin parti memperlihatkan secara terbuka sokongan terhadap PAS hinggakan ada yang mengeluarkan kenyataan tegas menegur rakan komponen lain iaitu MCA kerana berani-berani memberikan komen terhadap sesuatu yang tiada mengena dengan penganut agama lain.
Itu dari sudut politik… dalam kalangan masyarakat juga, pada waktu inilah kita dapat lihat bagaimana pemikiran sesetengah orang.
Tak mengapa jika ada orang Islam yang meragui sama ada mahu sokong hudud atau sebaliknya buat masa ini tetapi pada masa sama lakukanlah kajian untuk memastikan sama ada pendirian mereka itu selaras dengan agama, usahlah pandai-pandai nak kongsi buah fikiran dengan semangat rebel semata-mata.
Jangan sampai asalnya mahu sarkastik perihal hudud atau menghina pentadbiran Kelantan, sudahnya bertukar jadi menghina agama sendiri hingga mengucap panjang orang yang menonton.
Kami maksudkan, video memaparkan gadis dalam saluran YouTube BFM Kupas ini. Dia asalnya mahu mengutuk pelaksanaan hudud di Kelantan tapi demi menunjukkan penolakan secara sarkastik, sama ada sedar atau tidak dia sebenarnya mempersendakan Islam.
Bagi kami golongan pengkritik pesen ini memang bagus dari satu segi apabila mereka suka memperjuangkan sesuatu terutama berkaitan hak masyarakat.
Tapi bila masuk bab agama pun mereka ikut sama nak berbahas macam kawan-kawan non-muslim mereka, maka jelas dan nyatalah Islam di IC bukan petanda sesiapa sahaja mampu bagi komen bila ia melibatkan Islam.
Ingat… non-muslim yang mempersoalkan tentang Islam ianya kerana mereka jahil tapi bila penganut Islam sendiri melakukannya kerana tak mahu menuntut ilmu bagi mendapat pencerahan, dibimbangi ada risiko syahadah yang diwarisi dari keturunan itu boleh terlucut tanpa sedar… nauzubillah.
Apa-apa pun pesan orang tua-tua bahawa diam itu lebih baik daripada bersuara, mungkin jalan terbaik dalam sesetengah perkara.
- MYNEWSHUB.CC
Post a Comment