GEORGETOWN – Penganjuran sebuah program yang mirip dengan acara kontroversi ‘I want Touch a Dog’ dilaporkan sedang diadakan di Penang Times Square, di sini.
Tak serik-serik!!..Program pegang anjing beralih ke Pulau Pinang Pulak?... |
Portal SuaraTV melaporkan, program itu dianjurkan sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.
Program itu dihebahkan melalui Facebook, namun hanya boleh diakses oleh pengguna tertentu sahaja. Namun, sekeping gambar menunjukkan seorang gadis muslim bertudung sedang memegang memeluk seekor anjing dan bergambar dengannya.
Pengendali program turut enggan melayan pertanyaan yang dikemukakan berhubung program yang diadakan itu,” lapor portal tersebut.
Tahun lalu, program ‘I Want Touch A Dog’ menerima kecaman pelbagai pihak kerana menggalakkan publik termasuk umat Islam menyentuh anjing yang tergolong dalam najis berat.
Ekoran program itu, penganjurnya menerima ebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApps telefon bimbitnya.
Susulan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran tersebut yang berlangsung di Central Park, One Utama. – New Malaysian Post
Post a Comment