Siti Jamilah Tabah Menghadapi, Walaupun Pergerakannya Terbatas..

Siti Jamilah Tabah Menghadapi, Walaupun Pergerakannya Terbatas..

Manjung: “Kekurangan diri memang menyukarkan saya untuk meneruskan minat menjadi tukang jahit, namun saya mampu melakukannya selepas mempelajarinya di pusat latihan menjahit,” kata Siti Jamilah Mohamad, 32.

Siti Jamilah Tabah Menghadapi, Walaupun Pergerakannya Terbatas..
Siti Jamilah Tabah Menghadapi, Walaupun Pergerakannya Terbatas..
Siti Jamilah yang tinggal di Kampung Paya Nibung, Ayer Tawar, di sini, kini bergelar usahawan wanita susulan gigih mengambil upah menjahit baju walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, dia mengambil tempahan menjahit daripada penduduk kampung berikutan ingin membantu suaminya, Ahmad Azman Zainal Abidin, 29, yang juga OKU untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian.

Katanya, walaupun pergerakannya terbatas, namun itu tidak dijadikan penghalang untuknya meneruskan kerja jahitan.

“Saya bersyukur dengan kebolehan menjahit yang diberikan Tuhan walaupun keadaan saya tidak sempurna seperti orang lain.


-METRO

Post a Comment

Previous Post Next Post