“Ketika zaman remaja, perasaan malu itu memang ada apabila sering diketawakan rakan yang seolah tidak percaya dan ragu-ragu dengan nama sebenar saya iaitu Pelek.
'Senyuman pasti terukir pada wajah pegawai terbabit,' kata Pelek, tak kisah namanya pelik |
Pelek, 56, yang menetap di Kampung Semangat, di sini, berkata, kini dia sudah dapat menerima hakikat sebenar namanya begitu unik dan mungkin hanya dia seorang menggunakan nama berkenaan.
Katanya, sebelum ini ramai yang tidak percaya apabila dia menyatakan nama sebenarnya Pelek.
“Kebanyakan mereka mendakwa itu gurauan semata-mata,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyalahkan keluarga yang memberikan nama berkenaan kerana mungkin kesilapan berlaku ketika proses pendaftaran menyebabkan perkara sedemikian berlaku.
“Mungkin ada hikmah apa yang berlaku pada saya...yang pasti dengan nama ini saya mudah dikenali. Setiap kali bersiar-siar di bandar dan pasar malam ramai yang menegur.
Sumber : metro
Post a Comment