Pilu!!..Tidak Tahan Menanggung Rasa Sakit ini, Aril menanti hati ayah...

Pilu!!..Tidak Tahan Menanggung Rasa Sakit ini, Aril menanti hati ayah...

IPOH: "Syukur Alhamdulillah..seperti rasa tidak percaya selepas mengharungi semua cabaran akhirnya saya boleh membawa Aril melakukan pembedahan," kata Nur Amirah Syazwani Pandi, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan, Muhd Aril Zafran yang menghidap penyakit hati kronik Biliary Atresia.

Pilu!!..Tidak Tahan Menanggung Rasa Sakit ini, Aril menanti hati ayah...
Pilu!!..Tidak Tahan Menanggung Rasa Sakit ini, Aril menanti hati ayah...
Nur Amirah berkata, beliau berempat iaitu suaminya, Aril dan seorang wakil daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor akan berlepas ke Shanghai, China, pada Khamis ini.

Katanya, segala persiapan sudah mencukupi dan hanya menunggu masa untuk pergi ke negara itu bagi melaksanakan pembedahan pemindahan hati Aril di sana.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, ahli keluarga, termasuk kerajaan Perak yang memberi sokongan daripada segi kewangan dan juga mendoakan Aril selama ini.

"InsyaAllah, segala persiapan daripada segi aspek kewangan dan kelengkapan pakaian Aril termasuk lampin pakai buang dan susu mencukupi selain perbelanjaan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga sepanjang tempoh membuat rawatan selama tiga bulan di sana nanti," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Pelancongan, Lahat, semalam

Katanya, beliau sebelum ini bersama suami membuat pemeriksaan keserasian hati terhadap suaminya, Jamilulehsan Mohd Taridi, 28, berikutan hatinya yang dimaklumkan berlemak dan tidak sesuai untuk didermakan kepada anaknya.



"Selepas membuat pemeriksaan di Pusat Rawatan Universiti Malaya (PPUM), doktor mengesahkan darah suami sesuai dan layak untuk menderma.

"Tidak dapat saya gambarkan perasaan pada ketika ini, bercampur baur dengan rasa berdebar-debar, takut, tetapi dalam masa yang sama gembira juga sedih.

"Saya berharap keduanya selamat dan semoga semuanya berjalan lancar serta tiada komplikasi selepas pembedahan nanti, saya mahu dia (Aril) sihat seperti kanak-kanak lain walaupun terpaksa bergantung ubat seumur hidup," katanya.

Katanya, segala maklumat berkaitan keputusan pembedahan dan status rawatan Aril di Shanghai akan dikongsi bersama pihak PPUM di sini.

"Sebaik sampai di sana, rawatan dan pemeriksaan kesihatan selama kira-kira dua minggu sekali dilakukan terhadap Aril bagi memastikan tahap kesihatannya benar-benar bersedia untuk dibedah.

"Sebaik balik ke Malaysia pula nanti, kami akan ke PPUM untuk membuat rawatan susulan," katanya.



Katanya, tahap kesihatan Aril kini sudah kembali berada dalam keadaan agak membimbangkan kerana keadaan perutnyal yang kelihatan sudah membusung semula, selain sesak nafas dan merengek siang dan malam.

Sementara itu, selaku penderma hati, Jamilulehsan berkata, beliau reda dengan ketentuan Ilahi selepas berikhtiar dan berusaha sedaya mungkin.

Aril yang menghidapi penyakit hati kronik sebelum ini perlu mengumpul kos sebanyak RM250,000 bagi melaksanakan pemindahan hati di India, namun membuat keputusan melaksanakan pembedahan di China dengan kos RM130,000 yang lebih murah dan rawatan pula dapat dilaksanakan dengan segera.



BH

Post a Comment

Previous Post Next Post