Keluarga Kebingungan ‘Dulu 7 Coli.. Kini Sedozen’ Ditinggal Depan Rumah

Keluarga Kebingungan ‘Dulu 7 Coli.. Kini Sedozen’ Ditinggal Depan Rumah

Kota Tinggi – Satu keluarga bingung apabila rumah mereka di Jalan Mohamed di sini menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab meletak bungkusan berisi pakaian dalam wanita sejak sebulan lalu.

Keluarga Kebingungan ‘Dulu 7 Coli.. Kini Sedozen’ Ditinggal Depan Rumah
Keluarga Kebingungan ‘Dulu 7 Coli.. Kini Sedozen’ Ditinggal Depan Rumah
“Ini kali kedua rumah kami menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab terbabit dan tidak tahu apa motifnya,” kata Azura Ahmad, 35, selepas menemui bungkusan kain merah jambu mengandungi pakaian dalam dan tidur wanita di depan rumah ibu bapanya di sini, petang semalam.

Menurutnya, bungkusan berkenaan ditemuinya kira-kira jam 4.30 petang selepas kali pertama pada 24 Februari lalu.

Katanya, bungkusan itu ditemui ketika dia dan suami, Hamzah Mazelan, 45, berada di rumah berkenaan sejak tengah hari.

“Ketika mahu pulang ke rumah jam 4.30 petang, saya nampak ada bungkusan kain di tepi dinding lalu bertanya kepada ayah mengenainya.

“Selepas diberitahu tidak diketahui mengenai bungkusan itu, kami buka dan mendapati ia mengandungi 12 coli dan dua baju dalam wanita,” katanya.



Menurut Azura, walaupun sudah berkeluarga dan tinggal berasingan dengan ibu bapanya, dia dan anak-anak serta adik lelakinya, Najib, 31, selalu ke situ.

“Ini kejadian kali kedua. Sebelum ini ada tujuh coli, tetapi kini sedozen pula, apa motif mereka?

“Dalam kejadian kali pertama, ibu yang menemui bungkusan dibalut seperti jenazah kanak-kanak di ruang depan rumah jam 7.20 pagi.

“Bungkusan itu berbalut kain hitam sepanjang 1.5 meter mengandungi beberapa pakaian dalam wanita termasuk tujuh coli, dua tudung kepala dan satu baju tidur,” katanya.

Menurutnya, dia belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, tetapi akan melaporkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam masa terdekat.

Harian Metro ada melaporkan beberapa kejadian pelik berlaku di sekitar daerah itu termasuk penemuan seluar dalam dan coli pada papan tanda dan tiang lampu di empat persimpangan lampu isyarat pada 26 Januari lalu.

Seluar dalam dan coli itu ditemui turut digantung pada lampu isyarat di Taman Kota Jaya, Arked MARA, Petronas Jalan Tun Sri Lanang dan Kota Kecil.

Ahad lalu, akhbar turut melaporkan objek seperti hantu pocong setinggi 1.5 meter ditemui diikat pada sebatang pokok pisang di simpang tiga Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya menghala jalan pintas Kampung Panti. - Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post