CHISINAU — Gara-gara cuba memikat kawan baik isteri sendiri, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan zakarnya akibat digigit sehingga putus oleh wanita terbabit yang marah diajak melakukan hubungan seks di sebuah taman bunga.
Padah Curang, Lelaki Goda Rakan Isteri Nyaris Hilang Zakar |
Mangsa ditemui isterinya itu sedang terbaring dengan seluar melurut dan masih memegang batang kemaluannya yang berdarah sambil mengerang kesakitan selepas diserang spontan wanita itu yang berang akibat digoda lelaki terbabit.
“Kami sebelum itu berkelah di taman bersama rakan-rakan dan kemudian saya menghantar beberapa kawan ke rumah menggunakan kereta saya, meninggalkan suami dengan seorang rakan saya berdua-duaan di taman itu,” kata Maria.
Keadaan Florin Ionita terbaring di lobi hospital sambil mengerang kesakitan akibat zakarnya nyaris hilang digigit rakan baik isterinya.
Apabila kembali ke situ, dia mendapati suaminya dalam keadaan berlumuran darah dan meminta wanita itu segera menghubungi ambulans, namun Maria yang curiga melihat keadaan Florin mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar.
Mangsa akhirnya mengaku cuba memikat rakan baik Maria dengan membuka seluar dan menunjukkan zakarnya yang tegang untuk mengadakan persetubuhan tetapi wanita itu bertindak balas menggigit kemaluan lelaki tersebut.
Walaupun sudah memaafkan perangai gatal suaminya, Maria kesal lambat menelefon ambulans manakala rakannya itu membuat laporan polis atas dakwaan Florin melakukan perbuatan tidak senonoh berbaur lucah secara terbuka.
Polis berkata, pihaknya akan menyoal siasat Florin sebaik lelaki itu sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, malah jika terbukti cuba bertindak sedemikian, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun. – Agensi
Post a Comment