Menggelikan, 15 ekor ulat berengga dikeluarkan dari gusi seorang budak perempuan

Menggelikan, 15 ekor ulat berengga dikeluarkan dari gusi seorang budak perempuan

Seorang kanak-kanak perempuan di Brazil yang mengadu sakit gusi dan sering merasa ada benda ‘bergerak’ di dalam mulutnya, mengejutkan seorang doktor gigi yang berjaya mengeluarkan 15 ekor ulat berenga dari dalam rongga gusinya, di sini kelmarin.

Menggelikan, 15 ekor ulat berengga dikeluarkan dari gusi seorang budak perempuan
Menggelikan, 15 ekor ulat berengga dikeluarkan dari gusi seorang budak perempuan
Akhbar Daily Mail melaporkan, Ana Cardoso, 10, dibawa ke sebuah klinik di Brasilia, Brazil selepas mengadu merasa berdenyut dan seperti ada benda bergerak di dalam mulutnya, menyebabkan dia rasa tidak selesa.

Ibu kanak-kanak itu, Adriana, 35, berkata, dia pada mulanya menyangka Ana Cardoso bergurau kerana anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

Bagaimanapun, keadaan mula menjadi semakin teruk dan tidak kira berapa kali dia memberus gigi Ana, anak perempuannya itu mendakwa masih berasa pelik.

“Saya tahu sikap anak perempuan saya itu dan dia bukan orang yang suka mereka cerita,” ujarnya yang bertindak menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan doktor gigi sangat mengejutkan apabila Ana Cardoso dikesan mengalami sejenis penyakit yang jarang ditemui iaitu ‘myasis’ pergigian.

Myasis merupakan sejenis jangkitan larva lalat yang menyerang tisu organ hidup haiwan dan manusia.

Seorang jurucakap pakar bedah pergigian berkata, terdapat 15 ekor ulat berenga di dalam mulut kanak-kanak itu.

Proses pembuangan ulat tersebut turut dirakam kerana keadaan itu jarang berlaku.

“Ana kelihatan tenang sepanjang proses mengeluarkan berenga dilakukan dan memberi kerjasama kepada doktor untuk merawatnya,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post