Melampau!!..Seorang paramedik wanita dipecat selepas 'selfie' dengan pesakit kritikal

Melampau!!..Seorang paramedik wanita dipecat selepas 'selfie' dengan pesakit kritikal

SEORANG paramedik wanita dipecat selepas tindakan tidak berperikemanusian apabila 'selfie' dengan pesakit yang sedang kritikal di dalam ambulans.

Melampau!!..Seorang paramedik wanita dipecat selepas 'selfie' dengan pesakit kritikal
Melampau!!..Seorang paramedik wanita dipecat selepas 'selfie' dengan pesakit kritikal 
Tatiana Kulikova, 25, memuatnaik gambar itu bersama pesakit yang sepatutnya di bantunya dengan kapsyen ‘another moron’ dan ‘how i hate my job’.

Dia kemudiannya telah dirujuk kepada pegawai perkhidmatan kecemasan di Rusia dan kemudiannya dipecat selepas mengaku melakukan perkara tersebut.

Perbuatannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat terutamanya kepada keluarga mangsa.

Pegawai kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev, 40, berkata, gambar tersebut jelas menunjukkan ketika Tatiana mengambil gambar, dia tidak menjaga pesakitnya.

“Dia menunjukkan sikap tidak berhati perut untuk menjaga kesejahteraan pesakitnya malah sesetengah daripada mereka meninggal dunia."

“Saya tidak terkejut sekiranya keluarga mereka mengambil tindakan saman terhadapnya dan pihak jabatan perkhidmatan kecemasan terbabit,” katanya.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, sebaik sahaja kami diberitahu gambar -gambar tersebut dimuat naik dalam talian kami menggantung kerja paramedik berkenaan.

"Selepas siasatan dijalankan, pekerja yang terlibat telah dipecat,” katanya dipetik metro.uk.

Bagaimanapun Titiana tidak membuat sebarang komen berhubung kejadian berkenaan.

SH

Post a Comment

Previous Post Next Post