Kemana Arah Tuju Hafiz?.. Tak pernah sekolah, tiada taraf warganegara

Kemana Arah Tuju Hafiz?.. Tak pernah sekolah, tiada taraf warganegara

KUALA LUMPUR - Ketiadaan taraf warganegara punca Mohammad Hafiz Zikri Abdullah, 14, tidak pernah memasuki alam persekolahan.

Kemana Arah Tuju Hafiz?.. Tak pernah sekolah, tiada taraf warganegara
Kemana Arah Tuju Hafiz?.. Tak pernah sekolah, tiada taraf warganegara
Hafiz bersama abang dan kakaknya ditinggalkan ibu mereka kepada pengasuh merangkap ibu angkatnya, Peah Md Baki, 65, sewaktu dia berusia setahun.

Ibu Hafiz seorang warga Indonesia sementara ayahnya berstatus penduduk tetap.

Abang dan kakak Hafiz mendapat kerakyatan, hanya Hafiz yang bermasalah dokumentasi kerana ibu bapanya tidak mendaftar kelahiran.

Menurut Peah, ibu mereka menumpangkan anak-anaknya untuk membolehkan dia bekerja di ibu kota dan menghantar duit belanja.

Bagaimanapun sewaktu Hafiz berusia empat tahun, ibunya memaklumkan mahu pulang ke negaranya.

“Itulah kali terakhir kami jumpa dia dan janjinya nak uruskan pendaftaran Hafiz tak dibuat. Saya cuba jejakinya tapi gagal sebelum saya putuskan Hafiz sebagai anak angkat.

“Abang dan kakaknya yang berstatus warganegara terpaksa saya serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana masa tu tak mampu jaga kerana ada anak yang bersekolah," katanya.

Katanya, sejak Hafiz berusia empat tahun dia tidak pernah berhenti ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan hal dokumentasi.

“Sijil kelahiran Hafiz berjaya didaftarkan pada 2011 tapi status warga Indonesia sementara permohonan kerakyatan tergantung. Setiap kali datang untuk semak status, setiap kali itu juga perlu isi borang baru,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Wilayah Selayang Fasa 4, Mohamed Noor Said berkata, pihaknya berharap hal dokumentasi diselesaikan segera.

“Buat masa ini kita telah merujuk perkara tersebut di Putrajaya tapi penjelasan yang diterima mengecewakan.

“Sepatutnya Hafiz bersekolah tapi tidak berlaku. Namun kita ada mengajarnya kelas fardu ain buat sementara waktu,” katanya.

SH

Post a Comment

Previous Post Next Post