Kemalangan Ngeri - dua helikopter yang terhempas selepas bertembung di udara..

Kemalangan Ngeri - dua helikopter yang terhempas selepas bertembung di udara..

Buenos Aires: Tiga atlet Perancis antara 10 yang terbunuh dalam nahas dua helikopter bertembung di udara ketika penggambaran rancangan realiti televisyen di Argentina.

Kemalangan Ngeri -  dua helikopter yang terhempas selepas bertembung di udara..
BANGKAI dua helikopter yang terhempas selepas bertembung di udara. 
Pelayar Florence Arthaud, perenang Olimpik Camille Muffat dan peninju Olimpik Alexis Vastine serta tujuh yang lain terbunuh ketika penggambaran rancangan ‘Dropped’ itu dalam kemalangan di kawasan pergunungan wilayah La Rioja.

Jurucakap wilayah, Horacio Alarcon mengesahkan kejadian itu.

“Tiada sesiapa yang terselamat dalam kejadian itu. Keadaan cuaca ketika kejadian baik dan puncanya masih belum diketahui,” katanya.

Setiausaha keselamatan wilayah, Cesar Angulo berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang (waktu tempatan) berhampiran bandar Villa Castelli, kira-kira 1,100 kilometer dari Buenos Aires. -METRO

Post a Comment

Previous Post Next Post