Rasa seperti masih baru lagi insiden penyebaran video Zamani Slam ketika dia ditangkap akibat dadah tempoh hari.
![]() |
| Gambar Terbaru Zamani Slam Lepas Sebulan Jalani Pemulihan |
Semalam, melalui perkongsian dilaman Facebook, rakan Zamani yang dikenali sebagai Aalan Ahmad ada memuatnaik foto terkini Zamani tau!
Imej Baru Zamani Berambut Pendek
Jika dilihat melalui perkongsian foto tersebut, kami yakin banyak perubahan positif yang ada. Makin handsome Zamani sekarang selepas memotong rambutnya yang sebelum ini panjang melepasi bahu. Tak melampau kiranya kami kata Zamani nampak lebih muda. Hihi.
Berat Naik 9Kg
Melalui laporan mStar Online, kami dengar berat zamani naik 9 kilogram sejak dia menjalani pemulihan.
Daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan. Wah hebat!
Zamani Kirim Salam
Kalau korang nak tahu, sewaktu perbicaraan kes selesai, Zamani ada menyampaikan salam kepada peminat dan mereka yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraannya.
Malah, apabila kami lihat diruangan komen, ramai peminat yang suka melihat perubahan Zamani dan mengharapkan dia terus Istiqomah.
OHBULAN




Post a Comment