Akibat Tekanan Perasaan Terlampau, Seorang Pelajar bunuh Diri Dengan Minum Racun

Akibat Tekanan Perasaan Terlampau, Seorang Pelajar bunuh Diri Dengan Minum Racun

PORT DICKSON, (MLP) - Seorang pelajar tingkatan dua dipercayai minum kopi bercampur racun di rumahnya di Kampung Sendayan, petang semalam.

Akibat Tekanan Perasaan Terlampau, Seorang Pelajar bunuh Diri Dengan Minum Racun
Akibat Tekanan Perasaan Terlampau, Seorang Pelajar bunuh Diri Dengan Minum Racun
Tindakan remaja berkenaan, G Thiyaggurudeen, 14, dipercayai akibat tekanan perasaan ketika berseorangan di rumahnya.

Dia kemudian dikejar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) kerana muntah yang tidak berhenti.

Menurut bapanya S Ganesan, 52, dia tiada di rumahketika kejadian itu dan hanya mengetahui perkara ini selepas dihubungi oleh seorang lagi anak berusia sembilan tahun.

Difahamkan, sejak dua hari ini, Thiyaggurudeen asyik duduk di luar rumah dan tidak mengendahkan nasihat abangnya agar masuk ke rumah.

Menurutnya, Thiyaggurudeen sendiri mengaku minum racun yang dicampur dengan kopi kepada adiknya.

Media melaporkan, keadaannya masih lemah, tetapi semakin beransur pulih dan sudah boleh bercakap.

Menurut bapanya, Thiyaggurudeen sudah hampir sebulan tidak ke sekolah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.- Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post