Wanita ini mampu menggunakan lidah untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit

Wanita ini mampu menggunakan lidah untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit

Pendang: “Walaupun saya tidak pernah menerima pendidikan di sekolah, saya berusaha belajar daripada adik saya untuk mengenal huruf, sekali gus mampu membaca ketika berusia 11 tahun. Alhamdulillah, saya boleh membaca dan bertutur dengan baik walaupun termengah-mengah.”

Wanita ini mampu menggunakan lidah untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit
Wanita ini mampu menggunakan lidah untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit
Begitu kata wanita orang kurang upaya (OKU) Nor Salmawati Mahmud, 30, yang mengalami kecacatan apabila kaki dan tangannya mengerekot, sekali gus tidak mampu bergerak sejak berusia setahun.

Malah, sifat pemalu wanita terbabit tidak menjadi penghalang untuk memajukan diri apabila menggunakan lidahnya untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit dan komputer riba bagi mendapatkan maklumat terkini serta berkenalan dengan rakan melalui laman sosial Facebook, WhatsApp, Instagram dan Wechat.

Nor Salmawati berkata, dia mula menggunakan lidahnya sejak berusia lapan tahun untuk bermain permainan dalam telefon bimbit jenis Nokia 3310 milik bapa saudaranya.

“Daripada situ, saya mula belajar menggunakan telefon bimbit walaupun telefon dulu bukan jenis telefon pintar. Saya membiasakan diri untuk bermain permainan dan menaip dalam telefon bimbit sejak berusia lapan tahun kerana kaki serta tangan saya mengerekot.


Sumber - MyMetro

Post a Comment

Previous Post Next Post