Seorang wanita berusia 38 tahun terpaksa menahan kesakitan selama tiga hari apabila jari telunjuk tangan kanannya bengkak akibat cincin yang dipakai gagal ditanggalkan sejak Rabu lalu.
Wanita Derita Tiga Hari Jari Bengkak Akibat Cincin Tak Dapat Dikeluarkan |
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital pada jam 7.35 malam dan tiga anggota ditugaskan bagi memberikan pertolongan.
“Setibanya di lokasi, wanita itu mengerang kesakitan berikutan jari telunjuk sudah membengkak.
“Pihak kami dibantu beberapa jururawat memotong cincin itu menggunakan alat pemotong,” katanya di sini, semalam.
Mohd Fahmi berkata, pihaknya memerlukan masa kira-kira 20 minit untuk memotong cincin berkenaan dan mangsa berjaya diselamatkan.
Menurutnya, pihaknya difahamkan mangsa yang berasal dari Segamat, Johor bertandang ke rumah neneknya di Ladang Geddes, di sini, Rabu lalu, bagi meraikan Tahun Baru Cina.
Katanya, setibanya di kediaman, mangsa menyarungkan cincin terbabit namun merasakan terlalu ketat dan tidak sepadan dengan jari.
“Pelbagai cara digunakan untuk menanggalkan cincin itu sejak Rabu lalu termasuk sabun dan minyak, namun gagal.
“Akhirnya, mangsa bergegas ke hospital sebelum pihak kami tiba,” katanya.
Sumber : Metro
Post a Comment