Seorang penceramah yang sering muncul di kaca tv Malaysia iaitu Ustaz Kazim Elias pada hari ini telah bergelar Datuk Kazim Elias. Tahniah kepada Ustaz Kazim Elias yang dianugerahkan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang juga membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Tahniah: Penceramah Ustaz Kazim Elias Kini Bergelar Datuk |
Ustaz Kazim Elias Kini Bergelar Datuk
Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak.
Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.
Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, daerah Selama, Perak. Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan.
Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Post a Comment