HILANG sudah sebutir permata berharga….
Jenazah Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah selamat dikebumikan untuk bertemu Maha Pencipta.
Puluhan ribu masyarakat Malaysia yang hadir ketika pengebumian jelas menunjukkan kehilangan tokoh ulamak ini begitu dirasai kesedihannya tanpa mengira kira agama, bangsa mahupun fahaman politik.
SubhanaAllah: Muncul kalimah Allah Pada Pagi Solat Jenazah TG Nik Aziz |
Antaranya, rakaman gambar awan yang didakwa berbentuk kalimah Allah dan kisah ratusan burung berlegar-legar di ruang udara.
Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi ‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku susulan pemergian ulama yang cukup zuhud dan tinggi keperibadiannya.
Bagi Ustaz Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu dikikis dari dunia orang melayu Islam.
Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.
Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.
Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.
Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. - MYNEWSHUB
Video Biodata Allahyarham Nik Aziz
Post a Comment