Suami Isteri terpaksa Beraksi Ngeri Demi Sesuap Nasi

Suami Isteri terpaksa Beraksi Ngeri Demi Sesuap Nasi

Pasangan suami isteri ini mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap satu sama lain. Jika tidak masakan mereka boleh melakukan aksi berbahaya ini, yang boleh mengorbankan nyawa jika melakukan kesilapan walaupun hanya sedikit.

Suami Isteri terpaksa Beraksi Ngeri Demi Sesuap Nasi
Suami Isteri terpaksa Beraksi Ngeri Demi Sesuap Nasi
Namun demi mencari sesuap nasi, pasangan Bhramharamba dan suaminya, Balashankar Budati mengenepikan perasaan takut.

Mereka terlibat dalam persembahan menakjubkan atau disifatkan `gila’ bagi sesetengah orang iaitu menetak kelapa dengan parang di atas leher.

Bagaimanapun Balashankar memang cekap kerana kelapa yang diletakkan di atas leher isterinya dapat dipecahkan dengan mudah dengan menggunakan parang, tanpa mencederakan wanita itu.

Kecekepannya itu dirakamkan untuk episod World’s Most Talented, iaitu rancangan yang memperkenalkan individu yang mempunyai kemahiran tinggi dan menakjubkan kepada orang ramai.


Sumber :MB

Post a Comment

Previous Post Next Post