PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menjelaskan sikap selektif terhadap tawaran drama atau filem yang diberikan kepadanya menjadi punca dia kini dikatakan mula bersikap sombong.
Sikap Memilih Punca Zul Ariffin Dituduh Sombong?.. |
"Bukan mudah sebenarnya menguruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan dan sebab itu saya perlu selektif dalam memilih projek kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.
"Saya juga mengakui jika ada permintaan yang tidak ada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak menjawab permintaan tersebut dan mungkin itu juga menyebabkan saya dikatakan sombong," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zul berkata, populariti yang dikecapinya bukan tiket untuk dia mendabik dada dan bersikap sombong sebaliknya ia adalah satu peringatan kepadanya untuk terus berusaha dalam membina tapak dalam industri.
Zul dan Fathia dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015).
Jelas Zul, masih banyak ruang yang harus diperbaikinya dalam membuktikan kepada peminat dan masyarakat bahawa dia serius terhadap kariernya sebagai pelakon.
"Populariti itu satu bonus terhadap usaha keras yang saya lakukan selama ini dan Alhamdulillah saya diterima baik oleh peminat.
"Tetapi itu juga sebenarnya satu peringatan agar saya tidak leka dan terus komited terhadap minat saya dalam bidang lakonan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zul memberitahu dia teruja apabila dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015) bersama-sama aktres Nur Fathia.
DFKL 2015 bakal berlangsung pada 20 Mac depan. - mStar Online
Post a Comment