Siapakah Wanita Yang Solat Tepi Keranda ‘Bersalib’ Ni?

Siapakah Wanita Yang Solat Tepi Keranda ‘Bersalib’ Ni?

PASTI ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar yang viral di atas dan bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di hadapannya.

Siapakah Wanita Yang Solat Tepi Keranda ‘Bersalib’ Ni?
Siapakah Wanita Yang Solat Tepi Keranda ‘Bersalib’ Ni?
Tinjau Mynewshub mendapati, keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.

Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.
Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.



Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan. via Pejam Kelip

Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.


Sumber : MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post