Selepas Berjam-Jam Disemadikan, Pusara TGNA Terus Dikunjungi

Selepas Berjam-Jam Disemadikan, Pusara TGNA Terus Dikunjungi

SELEPAS lebih tujuh jam jasad bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di Kota Bharu, Kelantan pusaranya masih dikunjungi orang ramai sehingga ke petang.

Selepas Berjam-Jam Disemadikan, Pusara TGNA Terus Dikunjungi
Selepas Berjam-Jam Disemadikan, Pusara TGNA Terus Dikunjungi
Allahyarham Nik Abdul Aziz dikebumikan pagi tadi di sebelah kubur bapanya, Allahyarham Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia 40 tahun lalu.

Baca: Solat Jenazah Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Pada Pukul 10 Pagi Jumaat

Pusara Murshidul Am PAS itu ditandakan dengan dua batang pokok puding yang ditanam oleh anaknya Nik Mohamad Abduh selepas selesai jenazah dikebumikan.

Nik Abdul Aziz kembali ke rahmatullah malam tadi pada pukul 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka.

Awalnya, pada malam semalam juga beliau dibawa pulang ke rumah dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 19 Januari lalu kerana penyakit barah.

Sumber - MYNEWSHUB

Jenazah Nik Abdul Aziz Diturunkan Ke Dalam Liang Lahad


Post a Comment

Previous Post Next Post